Friday, February 10, 2012

New Challange

  Hari ini Jumaat jam 10 naik Feri Wawasan ke mainland, Sabah. Untuk sambung tugas di tempat baru. Labuan? 16 tahun dah berada di tanah Labuan.. Sungguh banyak pengalaman pahit manis dapat di Labuan ni,tapi hampir semuanya manis. So sweet.


  Thanks semua yang banyak memyumbang kepada kematangan jiwa dan minda ini. Sentiasa dalam ingatan dari Mula sampai bila2.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, January 26, 2012

Air mata Sasha...

Gambar yang membuat hati ini sebak

9/12/2011-Sebaik duduk dalam KLIA Express,Sasha cerita sweet memory cuti sama2 dengan best friendnya dari kecil lagi.tiba2 diam sayangku ni sambil memandang ke luar tingkap.  Sedetik kemudian,mengalir air mata. Sayunya tengok Sasha.

Papa faham sangat dah sayangku Sasha ni,memang penyayang..Papa pun faham macamana rasanya situasi begini. Papa tanya kenapa menangis (saja tanya,tau dah hihihi) " Adik rindu dorang"..Jangan menangis ya sayangku nanti adik call la dorang tanya khabar ya.."emm" jawapnya sambil air mata mengalir deras tadi berkurangan.. Peluk Sasha untuk tenangkan dia sambil dalam hati Mula berkata-kata..

Thursday, December 22, 2011

December 2011 - Out Of Office Part 3

   Planning agak tersasar sedikit sebab banyak masa terbuang di jalan raya,berbaris tunggu giliran la..welll Key El..sinonim dengan Jamm kan..yang penting kita ronda2 dulu aaa..Jom gi Aquaria KLCC
 
 
 
 


 

Lepas tu petang pigi Tugu Negara...ermmm..terfikir pula untuk apa sebenarnya di buat ni tugu?kira berhala juga ba ni,setiap tahun di kalungi bunga..lepas tu nama2 yang terkorban tu nama2 Penjajah jak tu..nda faham aku  sapa yang buat ni..apa pun heheh kita jalan2 tengok2  la baa..

 
 
  
Malamnya ke iCity..ermm..if..

 
 Plann mau masuk snow tu,tapii..puunya la ramaii.nda sanggup mau beratur..sian Sasha,nanti la ya cyg..


 Ok la jom kita rehat balik rumah..tengah malam dah ni.heheh sampai rumah dalam jm 1230..mcm biasa,sembang2 smpai jm2 lebih..hehe baru la mandi..then urut anak2ku..sian penat seharian bejalan tapi enjoy betul dorang,rehat la simpan tenaga esok kita ke Genting Highland Theme Park pula..gd nite..ZZZZzzzzz..



December 2011-Out Of Office Part2


2nd day kami stay di rumah Mr Herman Jr Geng DGC masa sekolah..hehe. Bila jumpa memang baaaanyak cerita mau dikongsi ni..Lebih kurang jam 2 petang tu dia amik kami bawa kerumahnya..siap dengan welcome drinks lagi,hehe..Tapi perjuangan mesti di teruskan..hehe jalan lagiii..




   Petang tu kami naik Komuter dari segambut mau ke KL Sentral,tapi kena tukar train lagi la..risau juga la bersesak2 bawa budak ni..kali ni amik teksi la tuk ke KLCC jumpa cikgu Gee and family,bekas jiran dan guru anak2ku masa di Sk Bedaun.

  
Muka penat tapi budak2 happy jak...haha

 Lebih kurang jam8 baru sampai KLCC. Dalam lebih kurang setengah jam Mr Hasnul( hubby Ckgu Gee) sampai dah,dorang bawa kami ke Uptown  seksyen 24 Shah Alam ,saja jalan2 sana tengok2 area uptown ni,hujan MULA dah turun..Lepas makan malam,kami balik rumah la..dorang hantar.hehe cari rumah tu pakai GPS aaa..dekat jam 2 subuh baru sampai rumah..hehe tu pun lepak lagi cerita2 dgn si Man pai jam 3,nyaman lepak di berenda rumahnya..konsep bali..ok la bro,kita tidur dulu sok jalan lagiii..hahah zzzzzzz....

Thursday, December 15, 2011

Gerhana bulan 10 disember 2011

Sekitar jam 845 bulan sudah lebih separuh ditutupi bayang2 bumi. Sungguh indah ciptaanMu ya Allah..solat sunat gerhana? Moga belum terlambat belajar.


Published with Blogger-droid v2.0.2