Monday, July 8, 2013

Ramadhan datang lagi..Alhamdulillah..




Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan..mohon kemaafan segala kesalahanku...



Teluk Likas...





Friday, June 28, 2013

My Gerl..27/6/2013


Jam 1 petang 19 haribulan Sya'ban 1434(27/6/2013)-khamis, lahir anakku sebutir permata dari syurga,ya Allah ya tuhanku,tuhan sekalian mahkluk di muka bumi ini,ku pohon  berlindung dengan kalimah-kalimah mu ya Allah yang maha sempurna daripada setiap gangguan syaitan dan setiap penglihatan yang jahat membahayakan...




Dia berhenti menangis bila di bisikkan azan dan iqamah di telinga kanan dan kiri...ingat ya anakku janjimu dengan maha Esa..moga sihat ,kuat, tetap iman sepanjang hayatmu wahai anak-anakku..di kasihi semua mahkluk di muka bumi ini..dijagai malaikat dgn izinNya...

Seminggu berjerebu sudah,semalam hujan menjadikan sekitar KK cerah berawan biru,dan kelahiranmu begitu tenang,cuaca cerah disiang hari,dipermudahkan urusan dan dingin hujan di malam hari..

Selamat malam anak2ku..doa tidur ya sayang...


Wednesday, May 8, 2013

Kembali...

Nun Jauh ...


Kembali ku memBlog atas sebab terpanggil oleh kerinduanku sekian lama kepada Mu, ku rakam keindahan alam mayaMu melalui lensaku.... ku kan bersama mu sehingga akhir nafasku..



Sunday, September 30, 2012

Minggu ini

Friday:28/9/2012

Golf tournament Magkasilasa(berkasih sayang). Jadi jurufoto pula,bukan main rimbas -Golf.

Besoknya pula berehat di Seaside Traveller bawa rombongan Adam's.

Next?huhu

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, September 11, 2012

Moga lulus cemerlang anakku...

Bila di tanya dah sedia untuk UPSR? Dah sedia..mudah-mudahan lulus cemerlang anakku..memang dia banyak ulangkaji beberapa minggu kebelakangan ini.. Pagi tadi kesekolah u tuk taklimat peperiksaan dan lokasi kelas untuk esok..Semacam nampak gusar jak dia ni..hehe stress mungkin,sakit perut dia sampai kemalam ni,ulangkaji pun sekejap jak,biarlah nak,,berehat la malam ni,tdurlah awal agar segar esok hari...

Moga dipermudahkan segala urusannya,menjawap soalan,menulis dengan lancar dan kuat keyakinan..amiiin

Selamat malam anak anakku..diluar Mula hujan sejak maghrib..sejuk jak rasanya,petanda tenang anakku untuk esok..dan papa nya heheh

Published with Blogger-droid v2.0.6