Monday, February 14, 2011

Happy birthday Ya HabibAllah ya Rasulullah





Pada tarikh 15 Februari 2011 bersamaan 12 rabiul awal tahun 1432 hijrah kita akan menyambut Maulidur Rasul bersempena hari kelahiran Rasul junjungan kita Muhammad S.A.W. Pada hari inilah kita digalakkan banyakkan bersalawat ke atas nabi dan mengamalkan segala sunnahnya.

Nabi Muhammad dilahirkan ke dunia ini sebagai manusia agung yang ditugaskan membawa agama Allah iaitu Islam. Beliau mendapat pelbagai tentangan dan dugaan untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini. Tanpa mengira penat lelah dan berbekalkan iman yang kuat, beliau berusaha untuk menyebarkan Islam yang menjadi sinar baru kepada seluruh makhluk di muka bumi ini.

Jadi sepatutnya tidaklah menjadi keberatan kepada seluruh umat Islam untuk mengingati hari kelahiran Nabi junjungan kita ini.Pembawa rahmat kepada seisi alam dan ummat manusia...Bersalawat laa dan mohon syafaatnya...


TAPI..Kenapa la tahun ini temanya ni ada juga masuk 1 Malaysiaa....  1Malaysia 1 ummah..bikin kudis telinga sudah dengar 1Mlsiaaa..tulis pun malasiaaa



Najib tolong jawap ini...

No comments:

Post a Comment