Thursday, February 17, 2011

macam-macam


Spot the fish..ikan Kapu (koppo')
Cari dimana ikan tu?

kompleks sukan laut labuan

anak kucing sesat selepas dimandikan Mr Esad


Besaaarnya.di bukit kalam



Monday, February 14, 2011

Happy birthday Ya HabibAllah ya Rasulullah





Pada tarikh 15 Februari 2011 bersamaan 12 rabiul awal tahun 1432 hijrah kita akan menyambut Maulidur Rasul bersempena hari kelahiran Rasul junjungan kita Muhammad S.A.W. Pada hari inilah kita digalakkan banyakkan bersalawat ke atas nabi dan mengamalkan segala sunnahnya.

Nabi Muhammad dilahirkan ke dunia ini sebagai manusia agung yang ditugaskan membawa agama Allah iaitu Islam. Beliau mendapat pelbagai tentangan dan dugaan untuk menyebarkan Islam di muka bumi ini. Tanpa mengira penat lelah dan berbekalkan iman yang kuat, beliau berusaha untuk menyebarkan Islam yang menjadi sinar baru kepada seluruh makhluk di muka bumi ini.

Jadi sepatutnya tidaklah menjadi keberatan kepada seluruh umat Islam untuk mengingati hari kelahiran Nabi junjungan kita ini.Pembawa rahmat kepada seisi alam dan ummat manusia...Bersalawat laa dan mohon syafaatnya...

Wednesday, February 9, 2011

Cancellation of Notification of Cosmetic Products




Para pengguna dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan terlarang, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius.

Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.
Tahun 2010

  1. NV Toner Treatment No 1 NOT05010130KE Hydroquinone & Tretinoin
  2. NV Toner Treatment No 2 NOT05010129KE Hydroquinone & Tretinoin
  3. Zara Rejuvenation Cream NOT04081873KE Hydroquinone
  4. Beauty Line Beautitude Multi-Purpose Cream NOT081201209K Tretinoin
  5. Pigmentation Recovery Complex NOT081200745K Tretinoin
  6. De Putih Night Cream NOT05100878KE Tretinoin

Tahun 2009
  1. Felisa Gentle Peeling Solution NOT07080210KE Tretinoin
  2. Krim Malam Rahsia Rimba NOT080801112K Hydroquinone
  3. Biocosmet Whitening Essence Cream NOT07122920KE Hydroquinone
  4. ~H2O+ Waterwhite Brightening Night Cream NOT04102838KE Hydroquinone
  5. Magixpress Lightening Plus NOT07121009KE Hydroquinone
  6. A.Vant Cream NOT05022860KE Tretinoin
  7. Eriesya Spa Beauty Cream NOT07122412KE Hydroquinone
  8. Natasya Krim Herba NOT07090337KE Hydroquinone & Tretinoin
  9. Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya NOT03090150KE Tretinoin
  10. Ratna Sari Whitening Night Cream NOT080700826K Tretinoin
  11. ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream NOT04082451KE Hydroquinone
  12. Chantique - Whitening Night Cream NOT04121404KE Tretinoin

Tahun 2008
  1. Khazanah White Pembersih Wajah NOT05040954KE Hydroquinone
  2. Gloskin Krim Malam & Siang NOT05082557KE Hydroquinone
  3. Reena's Astringen Lanjutan NOT05010659KE Hydroquinone
  4. Skin Desires Deep Whitenin Cleansing Milk NOT07020213KE Hydroquinone
  5. EETYE Whitening Cream NOT06080859KE Hydroquinone
  6. O'Lynn Skin Lightening Cream NOT06110164KE Tretinoin

Tuesday, February 8, 2011

[Gambar] Ketika rusuhan, penganut kristian mesir melindungi umat Islam yang sedang bersembahyang

 

Februari 8, 2011
Pemimpin yang menzalimi rakyat harus ditentang habis-habisan. Begitulah yang terjadi di Mesir. Kelihatan warga negara mesir yang beragama kristian melindungi rakan senegara mereka yang beragama Islam ketika sedang bersembahyang.

Kesimpulannya : Berbeza dengan apa yang berlaku disini, masih ada manusia baghal yang masih mempertahankan pemimpin yang menggunakan kepala lututnya untuk memerintah.


disalin dari bestoneoffour.wordpress.com

Monday, February 7, 2011

Tawau to KK Feb 2011

Bertolak lebih kurang jam6.30 pagi...Pagi ahad,ada kurang sikit jamm trafik. boleh drive 100 -120km/j,harap2 sempat ambil my family di KKIA, ETA around 1600 hrs after delayed for 10 min of departure.


MULA lalu area Ranggu,beberapa km sblm airport Tawau.

Sepanjang perjalanan, banjir di perkampungan sebelum pekan Lahad Datu, kesian..

Gambar hiasan ba ni,bukan d LD
Jam 1 tengah hari sampai Ranau dah..Isi Diesel,haus keta ku ni. Not bad,sempat barangkali sblm dorg sampai KK.

Arrrgh,area kundasang sesak kereta,kabus tebal dan hujan membantu ke'jamm'an ni..
Jam 3 setengah lepas hantar kakak and family,rushed to airport..sharp @ 1600 hrs sampai KKIA...




hahahaha terbukti Fortuner lebih laju dari Boeing 737..(alhamdulillah semua selamat..) tapi LAPAR tahap Gastrik. Mari makan di anjung senja..


Kredit Gambar :  Google


Selamat pengantin baru...Irma & Sulis

4hb Feb 2011
Majlis khatam Al Quran sebelah tengah hari.



Majlis Khatam Al Quran adik beradik
Persediaan bilik pengantin

Nenek dan cucu ..sapa cantik?

5hb Feb 2011
Jam 10 pagi
Ini keesokan harinya,nikah..

Sah.. Amiiinn

Membatalkan air sembahyang..



Ramai para ahli keluarga menangis tanda gembira ,moga berbahagia ke anak cucu dan murah rezeki ...

  
Sanding di Dewan Tun Mustafa Tengah hari
Selepas acara nikah,tandatangan surat menyurat dan doa selamat,semua berarak ke dewan Tun Mustafa untuk jamuan makan dan sanding .. dekat jak,dlm 1 km jak jauhnya.

















Lepas jam 12.30 lagi ramai datang
Surat jemputan majlis sanding dan jamuan dalam pukul 12 tengah hari, kami jadi tetamu jak la,hehehe yang lain pihak katering yang urus.