Monday, March 21, 2011

Mari cuba Jalan Menumbok - Kuala Penyu -KK

Sesekali mau juga cuba jalan dari Menumbok - Kuala Penyu(KP) terus ke KK.
Pastikan minyak petrol/diesel/minyak wangi mencukupi,bateri handphone fully charge,mana tau sesat...boleh return ke Simpang Kuala Penyu ikut jalan lama.

Sampai Jeti KP jak masuk barisan la,BUKAN BARISAN NASIOANAL aaa,tunggu giliran mau masuk Feri..MULA2 tertanya2 jak ni, berapa tambang menyeberang sungai tu.. bayarannya : FREE



Kira2 dalam 8 buah kereta(kerata api nda muat liau) boleh muat 1 trip. Nampaknya pintu masuk dan keluar feri ni tidak di tutup la..Jadi,risiko tanggung sendiri. Sembang2 dengan pakcik sebelah sambil tanya jalan keluar ke Main road.

Drive in- kereta saja ,motosikal naik speed bot la brader..



Ship's bridge..istidi kau Kapten.

Jangan lupa tarik Handbrake ..

Sila ingat kilometer auda  bila feri sudah berlabuh,paling senang Reset saja ba.sekurang2nya boleh rekod apa ada di sekian KM.
Ikut jalan utama saja sampai nampak pantai dan sungai(muara) mula2 ada Tangki besar sebelah kiri(selekoh) dalam jarak kira2 di 12km dari feri tu..Terus drive lagi ada Pusat Latihan Binsulok di sebelah kiri.

Tangki Besar di selekoh sebelah kiri jalan ke Membakut(KK)


Ikut saja jalan utama,sampai nampak simpang 3 di kilometer 21 dari feri belok kiri lagi. di kilometer 23 ada SK Saga-saga area Membakut sudah ni.



Nampak simpang 3 lagi( Simpang 4 ba ni tapi jalan terus depan tu belum siap) ikut simpang kiri. Masuk kilometer 25 kampung Berunei area,ada Balai Polis. Pelahan2 drive liau area ni,jalan Kampung lagi pun agak sempit sikit.

Sepanjang jalan ni akan ada 5 buah jampatan yang di lalui dan ada 2 kumpulan kerbau dan sapi akan menghalang lalu lintas..hahahah

Lepas ni area Jalan Bandau,ada jambatan kayu muat 1 kereta saja,air sungainya warna coklat, jalan terus lagi jumpa landasan kereta api,AWAS kereta api melintas..jeng3x jumpa dah Bulatan Bandau di Jalan utama.

Nampak ka Shell Station tu? nampak fimiliar kan,..lepas ni pandai2 la kamu..Fuh,..alhamdullillah,jumpa juga akhirnya,terima kasih pakcik yang bagitau jalan masa di feri KP tu..

Jarak dari Feri KP ke Simpang Shell ni lebih kurang 28km..

Shell Station..Jalan Utama




ps: Kalau ikut jalan ni,tidak la lalu simpang Limbawang.ermmm..( bukti kekuatan 'instinct' )

No comments:

Post a Comment