Sunday, September 30, 2012

Minggu ini

Friday:28/9/2012

Golf tournament Magkasilasa(berkasih sayang). Jadi jurufoto pula,bukan main rimbas -Golf.

Besoknya pula berehat di Seaside Traveller bawa rombongan Adam's.

Next?huhu

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, September 11, 2012

Moga lulus cemerlang anakku...

Bila di tanya dah sedia untuk UPSR? Dah sedia..mudah-mudahan lulus cemerlang anakku..memang dia banyak ulangkaji beberapa minggu kebelakangan ini.. Pagi tadi kesekolah u tuk taklimat peperiksaan dan lokasi kelas untuk esok..Semacam nampak gusar jak dia ni..hehe stress mungkin,sakit perut dia sampai kemalam ni,ulangkaji pun sekejap jak,biarlah nak,,berehat la malam ni,tdurlah awal agar segar esok hari...

Moga dipermudahkan segala urusannya,menjawap soalan,menulis dengan lancar dan kuat keyakinan..amiiin

Selamat malam anak anakku..diluar Mula hujan sejak maghrib..sejuk jak rasanya,petanda tenang anakku untuk esok..dan papa nya heheh

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tuesday, July 17, 2012

Jauh Berjalan..


     Akhir-akhir ni agak sibuk juga dengan outstation, kadang2 penat juga mental travelling..naik flight?ermm..kalau boleh kurangkan la..haha. 

KeyEl

.....
 Terasa mahu rehatkan minda sekejap,santai2 dengan 'my luvly family'.. jomm rehatt...

kalau boleh jalan2 di pantai begini kn best..(gambar hiasan)

santai2 ka..

makan2 ka

tengok wayang ka

 makan duriann ka..ermm ..sedap ni..sweett..
Alangkah bahagianyaa...hehehe. Then sekarang mahu balik kampung ziarah family sana plak.. Kebetulan ada geng mau balik,so tumpang laa..hehe kali ini kita ikut jalan Belakang..KALABAKAN..baru la trill. MUD-TERRAIN ..hahaha


Monster Truck

bad weather...

      Sampai di Taman Semarak dalam jm 8 45 mlm..sakit badan geng jalan teruk sejauh lebih kurang 125km.. Lepas rehat ,makan malam..Mula la ngantuk.
Anak buah termuda..hehe
Zul's Product
Pagi Sabtu: Melawat Mama di Wad Hospital Semporna, Moga cepat sembuh,moga sihat selamanya..Amiiinn



Di Semporna,kalau tidak makan seafood,siput haha tidak sah,GOUT? ada ubat. Ke pasar carikan mama ikan untuk di masak sup,Chef Zul ada kan..


Pagi Ahad:  Balik Papar la...

Roundabout terbesar Tawau di Kalabakan

Kawasan simpanan Kayu Balak..Habis la hutan Sabah ni..

Siapa mahu naik bas ke Keningau?..hehe
Perhentian terakhir di Sook...

Lebih kurang Jam 10 malam kami sampai di Putatan,mau cari makan la...LAPARRR. Hujan sangat2 lebat,nda boleh laju drive ni..Ambil Adam's Family di likas dan balik ke Papar,ke tmn Sayang..Gud Nite..




Sunday, July 8, 2012

Pantai Mu

Pantai dengan desiran ombak begitu sinonim dengan perasaan,perasaan yang bagaimana? U faham kan?


Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday, May 21, 2012

Gerhana Matahari May 2012 dari Papar

Subhanallah...


06:35 am

06:36 am

06:40 am

Sunday, May 6, 2012

Supermoon 5.5.2012


Malam agak berawan,baru lepas hujan renyai2 ni tadi... Sungguh indah,kagum dengan ciptaanMu..
membuatkan kita terasa kerdil dan tidak punya apa-apa tanpa kurniaanMu..Memandang bulan @ 'Mun' ni pun terasa sayu..




 Agaknya bila lagi ada 'Mun' ni ya..hehe ...

Sunday, April 29, 2012

BERSIH 3.0 Versi Kota Kinabalu 284

Heli meronda sekitar bandar sejak tengahari lagi. Alhamdulillah cuaca tidaklah terlalu terik,berawan mendung.


Boleh tahan juga peserta BERSIH 3.0 Versi KK ni,aramaiti juga la,dan yang paling siuk di padang Bandaran ni berkongsi dengan acara Polis kali tu,memang sporting Polis KK ni,tidak pun provokasi sama peserta,tapi dorang memang standby dengan 'Police Dog',Bomba,Trak Polis,pemerhati memang cukup ramai la.


Nampak ramai yang mewakili NGO,Student IPT,parti politik dan penyokong seperti sayee and wife turun ke padang ni..best la hehee


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 23, 2012

Bermula episod baru..

Beri aku kekuatan ya Allah,untuk meneruskan sisa hidupku agar lebih bermakna dan bahagia,sihat dan tidak mudah putus asa,mengharap pengakhiran yang terbaik dariMu..aminnnn


Good nite Papar,good nite KL.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 5, 2012

?


Tanda tanya..

Tanpa jawapan..

Teruskan tanpa jawapan?

Siapa boleh jawap?hahaha

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, February 10, 2012

New Challange

  Hari ini Jumaat jam 10 naik Feri Wawasan ke mainland, Sabah. Untuk sambung tugas di tempat baru. Labuan? 16 tahun dah berada di tanah Labuan.. Sungguh banyak pengalaman pahit manis dapat di Labuan ni,tapi hampir semuanya manis. So sweet.


  Thanks semua yang banyak memyumbang kepada kematangan jiwa dan minda ini. Sentiasa dalam ingatan dari Mula sampai bila2.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, January 26, 2012

Air mata Sasha...

Gambar yang membuat hati ini sebak

9/12/2011-Sebaik duduk dalam KLIA Express,Sasha cerita sweet memory cuti sama2 dengan best friendnya dari kecil lagi.tiba2 diam sayangku ni sambil memandang ke luar tingkap.  Sedetik kemudian,mengalir air mata. Sayunya tengok Sasha.

Papa faham sangat dah sayangku Sasha ni,memang penyayang..Papa pun faham macamana rasanya situasi begini. Papa tanya kenapa menangis (saja tanya,tau dah hihihi) " Adik rindu dorang"..Jangan menangis ya sayangku nanti adik call la dorang tanya khabar ya.."emm" jawapnya sambil air mata mengalir deras tadi berkurangan.. Peluk Sasha untuk tenangkan dia sambil dalam hati Mula berkata-kata..